selamat datang ke blog aku yg x seberape nie

==kemana hilangnya semangat ku??==




Rabu, 30 September 2009

kotak hati ku



tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu
terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi
berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa
terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi
mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi
tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu
terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi
mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi

konklusi yang kucari




aku seorang insan lemah
hanya menumpang di atas dunia sementara.....
perjalanan telah ku atur
untuk sebuah kehidupan sempurna
lalu kau datangi ku dgn kesulitan
kesusahan dan kesakitan
yang maha hebat.........
di saat aku terkapai2
mencari arah tak berpenghujung
kau tetap ada bersamaku
walau sering kali ak
terleka dan terlalai dgn nikmatmu
tidak pernah sekali2 kau menjauhiku..
YA ALLAH.....
aku alpa aku leka.....
ku mohon padamu
agar ku di beri kekuatan
untuk menghadapi
hari2 yang bakal mendatang
moga aku sentiase dilindungi
oleh rahmatMU......

Rabu, 23 September 2009

KEDAMAIAN YQANG KUCARI

ku ingin kedamian di dalam hati ku,
agar dapat ku luah kan segala yang tersirat mahu tersurat,
segala ape yg tersurat atau tersirat kini ku lepas kan dengan lensa ku,
mungkin kali ini dalam hatiku adalah jalan ku,
tapi tak bagi fikiran ku...
segala nya adalah mustahil...
mungkin bagi setiap nak kan yg terbaek bagi nye,
mencari yang terbaik diantara yang terbaek bukan kerja yang mudah....



BERSAMA SEMULA

alhamdulilah syukur pada allah menemukan kami kembali setelah 5 tahun xbjumpa,akhir nye tahon 2009 pada raya kedua dan ketiga kami dapat berkumpul kembali....walaupun xsemua  cume 10 org sahaja yg dapat jumpa telah mgubat rindu kami pada kawan2...
perwatakan masih tidak berubah...

tetap dgn otak gler2 ala2 sewel gitu..
hahahaha
walaupun diantara kami telah mendiri rumah tangga ,,
masih blajaq...
berkerja kami tetap adalah shabat...
kegembiraan diantara kami terpancar apabila masing2 bkongsi cerita suka duka stelah tamat skolah...
ada yg keje navy,polis,bljar kat ipta,kedai roti,cyber cafe....
pendek kata kunjungan kami ker umah maisarah ngan balqis(kakchik) dapat mlepas kan rindu...
pape pon kmungkinan hujung tahun nie bulan 12 dapat menemukan dak2 ppu/bb spmv 05 semua skali..... 








Isnin, 21 September 2009

aku masiah sendiri....


Isnin, 7 September 2009

AKU XLEMAH SEPERTI KAMOO


Aku pernah suka dia. Tapi aku takut cintaku tak berbalas. Takkan perigi nak cari timba? Tak kan sesekali aku buat begitu. Lalu aku berusaha untuk membuang dia dari hatiku. AKhirnya aku berjaya juga. Tapi menyesal kah aku kerana tak pernah meluahkan apa yg terpendam dlm hati?

Entah. Mungkin ada 2 kemungkinan. Satu aku selamat dari termalu sendiri dan mungkin hubungan kami akan keruh sebab dia menolak cinta aku dan satu kemungkinan lagi mungkin dia berperasaan yg sama sepertiku tapi tak pasti sm ada aku akan menerimanya dan takut ditolak.

Kedua-dua ini ada kemungkinannya. Tapi itu cerita dulu. Ini cerita sekarang. Aku bahagia dgn apa yg aku miliki sekarang. Mencari teman untuk dijadikan pasangan kita bukan mudah. Jadi tdk perlulah terburu-buru untuk memburunya.

Aku rela berputih mata melihat kawan-kawanku dgn pasangan masing-masing. Kalo dulu ada cemburu tp kini tdk lg kerana aku percaya pd takdir. Malah aku doakan kebahagian mereka semoga berkekalan. Jodoh, ajal dan maut sudah ditetapkan. Cuma bila belum sampai masanya ia tdk akan terjadi.

Jodoh. Memang kita tidak tahu siapa. Kadang-kadang bercinta bagai nk rak ke hulu dan ke hilir bersama alih-alih tup tup kahwin dgn org lain. Sudah semestinya byk hati yg terluka. Bagi yg berkahwin senangnya dia meninggalkan si dia yang selama ini yg dia usung ke sana ke mari? Atas alasan apakah??

Kadang-kadang kita selalu mendengar ungkapan “dh jodoh nk buat mcm mana?” Kalo bercerai pulak “dh tak ada jodoh nk buat mcm mana?” Kahwin tu kan atas dasar jodoh mcm mn plak bila bercerai kata tak ada jodoh? Aku yg cetek ilmu ini selalu berfikir tentang ini. Ada apa-apa penjelasan?

Umur aku mungkin masih muda. Baru menjengah 21. Baru nak memasuki alam separa dewasa. Mungkin aku masih mentah berbanding orang-orangan yg sudah angka umurnya melebihi aku. Tapi aku juga punya pengalaman. Pengalaman yg banyak mendewasakan aku, yg banyak mematangkan fikiranku dan banyak memberi peluang kpdku utk berfikir tentang kehidupan.

Sesungguhnya kehidupan bukanlah sesuatu yg mudah. Bukan semua impian yg kita harapkan akan jadi kenyataan. Tak semua yg kita inginkan akan kita dapat kecuali dgn usaha dan izin-Nya. Meskipun kadang-kadang kita berusaha keras utk memilikinya tp kalo tanpa izin-Nya hasrat kita tidak akan tercapai.

Aku pernah kecewa sehinggakan aku sudah tiada semangat utk meneruskan sisa-sisa kehidupan. Namun, aku bersyukur kerana tersedar dari mimpi-mimpi yg tak sampai untuk aku jadikannya sebagai realiti. Aku bangkit semula dgn penuh keazaman dan andainya aku jatuh aku tdk akan sesekali mengalah biarpun berkali-kali aku jatuh.

Kerana aku tahu aku bukanlah insan yg lemah yg hanyut kerana dibuai perasaan. Itu bukan aku walaupun terkadang hatiku dibuai oleh kenangan lalu. Lantas aku jadikan azimat supaya aku terus kuat dan tabah menghadapi hari-hari yg mendatang. Syukur alhamdulillah…

Kerana aku tahu, aku bukanlah lemah seperti yang disangkakan…

PENTING KE TANGGAPAN ORANG PADA KITA??


Penting ke tanggapan orang pada kita? Penting ke kita fikirkan tanggapan org pd kita?

Bagi aku tanggapan orang pd kita kdg2 ada yg baik dan ada yg buruknya. Kita sebagai manusia selalunya memberi tanggapan slh pd org yg baru kita kenali hanya sekadar menilai dari segi luaran. Kalo kita tgk dia ni diam sket kita akn pk oo dia ni sombong. Kita tgk dia ni peramah sket oo dia ni gedik. Tgk muka serius sket oo dia ni garang. Perlu ke cm tu?

Dulu, aku selalu memberi tanggapan yg salah pd org yg aku baru kenali. Lps kenal lm sket baru kita tau dia sbnrnya bkn seperti apa yg kita sangkakn. Lps tu bila aku jpa dgn org yg aku baru aku kenali, aku akn kenal dia dulu mcm mn barulah aku buat tanggapan mcm mn dia sbnr. Kdg2 hati tak kan menipu. Pandangan mata juga xkan menipu.

Ada sesetengah orang tidak langsung amik “port” pe org nk ckp psl diri dia dan ada sesetengah org lain plak akan selalu memikirkan apa yg org akn pk psl dia, pe org ckp tentang diri dia sampaikan kdg2 dia menjadi bukan diri dia sebenar. Itu hipokrit namanya. Bagi aku, kita perlu jd diri kita sebenar. Pedulikan apa org nk kata asalkan apa yg kita buat tu betul dan tak menyusahkan org lain.

Namun, kita perlu gak terima pndapat org lain. Tp tgk gak org yg bg pendapat tu mcm mn. Adakah kata-katanya hanya sekadar hendak menjatuhkan kita ataupun menaikkan semangat kita. Kalo untuk memberi nasihat dgn cara yg betul baru la kita bleh ikut. Kalo mengutuk kita bagai nk mampos tu menjahanamkan org namanya. Tak pun dia dengki.

Aku tertarik dgn kata-kata sorg kwn aku, org yg tak suka kat kita walaupun kita tak buat salah kt dia sebenarnya dengki sbb dia nk jd seperti kita tapi dia xblh nk jd seperti kita sbb tu dia tak suka kat kita. Ada betulnya juga tu. Adatlah manusia ni tak boleh tgk org lbh sket dr dia, mesti nk menjatuhkan gk org lain. Tgk dalam masyarakat melayu sndiri sudah la. Cthnya org politik. Yg tu aku mls nk ckp ar, phm2 sndiri la. Dalam parlimen ckp berapi-api org tu slh, org ni slh kita tu je yg btol smpai gdh2, kena halau dr parlimen tp sbnrnya habuk pun tarak!! Ckp je lbh, hasilnya????? Hampeh!!!!

Orang kata kurangkan bercakap, banyakkan buat kerja. Ini yg aku setuju sgt2. ckp memang la senangkn xguna duit pn, tenaga pn xguna byk tp bila time nk bt keje tu

Yg guna tenaga byk. Secara semulajadinya kalo dlm sesuatu perbincangan akn ada org yg pandai ckp dan bg idea yg bernas so kita pn akn bg tgs kt dia pikul tanggungjwb, tp sbnrnya dia “goreng” jer. Keje haram xbuat pn ckp je lbh. Itulah tanggapan kita pd org kan? Ckp pandai ingt wat keje ok la tp sbnrnya hampeh.

So, ubah la cara anda berfikir skrg. Kenali seseorang itu sblm menilai dia. Jangan menilai orang dr segi luaran. Kalo muka cantik ke kacak ke tp otak kosong wat pe? Sbb tu la ada pepatah yg mengatakan “ don’t judge a book by this cover”.



sebagai manusia kite kna fikir baik buruk perkara yg kita lakukan....