selamat datang ke blog aku yg x seberape nie

==kemana hilangnya semangat ku??==




Khamis, 26 Mei 2011

ke hadapan bintang jatuh


ke hadapan bintang jatuh,
kau nampak tidak anak itu sedang hampir-hampir terbunuh?
iya, dia itu yang sedang menangis di tepi tangga batu
iya, dia itu yang sedang sendirian tersedu-sedu.

dia tu sangat-sangat kasihan
di dunia ini dia rasakan, “aduh, aku sangat sendirian”
tidak ada sahabat, tidak ada kawan
kerana baginya dia langsung tidak reti berteman.

wahai bintang, aku ada bicara.
mahukah kau dengarkan andainya aku mau untuk bersuara?
janganlah jatuh dulu, nanti-nantilah dulu
ada pesan aku mau kirimkan lewat suara kamu.

anak itu tidak tahu bagaimana untuk bangkit dan ketawa
kerana apa yang dilihatnya lucu tidak pula di mata mereka
dia percaya pada kisah pari-pari dan kayangan
dia sanggup percaya setiap perkara itu adanya kemungkinan.

maka mana mungkin ada yang mahu mengerti
hatinya terlalu murni, pastilah ramai yang akan benci
dia dihina kerana percaya akan sesuatu yang bernama cinta
dia diolok-olok, dia dibobrok-bobrok, dia dimain-main kerana cinta.

lalu bintang jatuh, pergikan padanya dengan halus dan hati-hati
kisahkan ceritaku ini agar dia mengerti
yang sebenarnya bukan dia yg pelik dan songsang
cuma dunia yang bodoh kerana sudah berhenti memandang

bintang jatuh, perlahanlah!
jangan sampai kau mencecah
bintang jatuh, kisahkanlah!
ke matanya yang membasah

katakan padanya semua itu memang biasa
ceritakan juga tentang bundanya
juga suara ayahandanya yang dulu pernah diludah-ludah
mereka dibaling batu, dikeji-keji, dimarah-marah

hembuskan ke dalam hati anak itu yang sudah mula dingin
siulkan petik gitar ayahnya lewat suara angin
dan nyanyikan suara bundanya ini lewat guruh
bilang padanya “teruskan yakin kamu anak, biarkan bergaduh!"

"kerana kalau difikirkan orang, sampai bila
kalau difikirkan hati orang, cis! takkan kemana!
sesungguhnya manusia itu bagaikan serigala
sekali kau suapkan jiwa kamu, sampai bila-bila mau selama-lamanya"

bintang jatuh, perlahanlah!
jangan sampai kau mencecah
bintang jatuh, kisahkanlah!
ke matanya yang membasah


~kata2 nye bgitu puitis...
~katanya membuat aku mencuba ape yg ada(no drugs,no alkohol)
~*aku rembat dr fyn jamal nye blog...huhuhu aku ase aku suke sgt setiap kata2 dlm bite ini,,,tu yg aku rembat

Ahad, 22 Mei 2011

apa itu ISTIDRAJ???

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

anak yg soleh dan solehah

Setiap insan pastikan merasa 
Saat perpisahan terakhir 
Dunia yang fana akan ditinggalkan 
Hanya amalan yang akan dibawa 

Terdengar sayup surah dibaca 
Sayu alunan suara 
Cemas di dada lemah tak bermaya 
Terbuka hijap di depan mata 

Selamat tinggal pada semua 
Berpisah kita selamanya 
Kita tak sama nasib di sana 
Baiklah atau sebaliknya 

Amalan dan taqwa jadi bekalan 
Sejahtera, bahagia pulang...kesana 

Sekujur badan berselimut putih 
Rebah bersemadi sendiri 
Mengharap kasih anak dan isteri 
Apa mungkin pahala dikirim 

Terbaring sempit seluas pusara 
Soal bicara terus bermula 
Sesal dan insaf tak berguna lagi 
Hancurlah jasad dimamah bumi 

Berpisah sudah segalanya 
Yang tinggal hanyalah kanangan 
Diiringi doa dan air mata 
Yang pergi takkan kembali lagi

Rabu, 18 Mei 2011

keMbaLi ker asaL(berakit ke langgit production*angan2 jer)

aku kebosanan...

2,3 ari aku xbpe nak ade mood sgt..aku kecewa..hurm..aku kecewa pada seorg yg aku minat...waktu aku cakap aku minat die dulu(ini flash back la kunun)...die gelak..die cakap ..aku layak ker utk die sedang aku xde keje(padahal dah keje ngan pos waktu tu)...saje xnak cakap yg aku dah keje..aku pon cakap aku memang xlayak..sbb aku hanya insan biasa yg banyak wat dosa..hatiku tdetik sesuatu yg menyakit kan hati...lalu aku diam kan diri....huhuhuhu ......

Sabtu, 14 Mei 2011

berakit ke langgit

















kau pijak hatiku lagi...

AKHIRNYE!!!!

akhir nye aku dpt jgak jwatan tetap kat POS MALAYSIA BHD....thank kat rakan aku yg byk bg tunjuk ajar...ketika aku pkeje kontrak kat unit prosesan pos malaysia kedah perlis...aku xde bende nak luah kan sedang kan hati ku masih senagng..mendapat khBAR berita...aku di tawar kan ke unit serahan alorstar...hurm...mcm nak lompat jer selepas dapat surat tu..tp cover jer kan..hahahha 2 mei 2011 adalah hari aku lapor diri..hurm xde banyak mane pon nak wat persiapan kat tempat bwu just aku pikir dah xpayah bpeluh 1 badan then xpayah saket badan nak proses mail...huhuhuh..dok unit serahan  nie dah nak 3 minggu...hurm aku di kirakan bertuah sebb dpt kawasan agak mudah tp perit jgak la kan..sbb pertama nye adalah ANJING...l.hahahah anjing yg bg aku goyang sket bler kat unit serahan nie,...anjing nie naek gler sbb nampak posmen lalu..asik nak kejar jer...huhuhuh sket die dah nyalak aku dah goyang,,hahahah.per leh wat darah gemuruh tu tetap ade kan...hahahah...skrg aku ngan tumpu kan di kawasan kampung..kawasan kampung nie susah sket sbb kebanyakan rumah x di paparkan no umah...just kena hafal jer...sesetengah umah ade tulis gakkk...huhuhu thank pada tuan rumah sbb mnyenangkan keje saya..huhuhuhu..area aku??hurm...limbong kapal,stesen keretapi(tempat bapok bniaga)hahaha,jln langar,kg,chepoh,alor melong,lorong derga,lorong pauh then lorong keriang...hurm,...buat sementara waktu nie keje aku lembab sket sbb bwu nak knal kawasan di aloqstaq nie...urm aku bg tempoh kat diri aku nie 2 bulan utk mahir di kawasan aku nie..bkn snang beb nak sesuai kan diri dgn keadaan panas terik kdg2 tu hujan,,,huhuhu cuaca xmenentu kata kan
heheheh..aku cukup lega dapata tok guru yg xloket bg tunjuk ajar kat aku....espcly for bro jamal..kat ofis owg pangil M.jamal...hahahah 60an since..huhuhu




skrg aku kat unit bru nie ade la sket life...sbb balik awai..huhuhuh...p awai balik awai...hahhaahh kalu x..di unit prosesan p lewat balik lewat..kdang2 pkul 3 bwu nak balik..sMPAI  umah dah kat pkul 4..huhuhuh...kadang2 masuk awai balik lewat...sbb nye cover org yg xmai...huhuhu..letih kot...huhuhuh nanti aku cter mcm mane keje aku...lak... huhuhu