selamat datang ke blog aku yg x seberape nie

==kemana hilangnya semangat ku??==




Isnin, 12 September 2011

masalh owh masalah

kehadapan blog ku sygi,,,
aku aku menulis hari ni adalh untuk berkongsi perasaan eaitu meluah kan pada kamu...
aku tawu kau adalh pendengar yg amat setia..
kau xpnah berkata apa-apa...
engkau lah sahabat aku....
sememang nya aku begini kau tetap dengar ape yg aku luah kan...
ketika jari jemari ku penat menari di keyboard nie kau masih la pendengar ku yang setia...

hyep blog!!!
aku ade masalah ar hari nie...
kau nak tawu x??
nanti aku cerita kan...
masalah aku kat tempat keje tuuu...
smlm alorstar kan hujan lebat sgt sampai sehari semalm...
so aku nie posman nak ler kna antar surat(tu kan amanah)
aku hanya sempat antar surat sampai kwasan jalan langgar  ngan kawasan limbong kapal jer...
pastu hujan semakin lebat....so aku tunggu hujan berhenti...
tp kan blog....aku hampa...sebab hujan trus lagi lebat sampai pkul 3.30 ptg...
jd aku amik keputusaan untuk balik ofis...
yg xdpt di serah kan hanya 5 bundle jer surat...itu pon sume kampung jer...
keesokan hari nye(hari nie)
aku ade ag surat-surat besor dlm 1 tray yg aku blom sorting...
aku mule kan la ruting harian aku...amik surat then timbang pastu sorting..
dah ler hari nie tjaga tido dah lewat pkul 7pagi aku tjaga naseb baek..
sbb ade ag 30minit utk aku bsiap g keje...huhuhuh
yg surat-surat besor tu aku amik sparuh dr tray tuuu dengan harapan sok aku leh bwk ag...
xde la truk hari ni...
dah abes sort  then aku ikat surat2 aku tu jg kan bundle...dlm 10 bundle jgak la surat aku tuuuu...
aku masukan surat dlm beg aku tuuu..dan aku bersedia nak g wat serahan...
lepas panaskan enjin motor pastu dan angkat beg surat atas motor aku tu ..
tetibe aku tlupa plak buku stiker pos daftar..masuk plak dlm..
selisih ngan IP(penyelia serahan) die ckap surat xleh simpan sbb audit dtg ...so kna bawak kluar jgak surat besor tuuu...
kepala mula serabut sbb nak kna 2 kali ker kawasan aku tuuu...
xpe layan jer...dah siap aku sorting masuk dlm guni Ip aku g antar kat stesen minyak jln langgar.
lepas aku abes wat pekan aku trus la g...
alhamdulilah surat abes tp hanya tingal 1 bundle jer ag xserah...
1 bundle tu di kawasan pekan..giler dah pkul bpe nak masuk pekan ..paham2 jer la 
dah pukul bpe...jln mesti jem punye...aku try lalu jgak...seperti di jangkakan..jln jem
nak naek kaki 5 pon susah..nak kna jln ...dah ler penat sgt2 nie...
pikir nye pikir aku amik keputusan aku bwk balik 1 bundle tuuu...
sampai jer kat ofis aku try slow talk ngan kwn2 mintak tolong mcm mane nak wat..
then mbr aku ckap xpe kiter simpan pastu esok kita antaq la...
aku pon stuju...tetibe lak die g ckap ngan Ip..adussss.
Ip ape ag...mule la basuh aku...aku pon dah tension gler dgr die bising...
nak wat cane trima jer laaa...
pastu siap die warning aku aku...die ckap mcm nie "ingat ang tu xcomfirm ag" ...
yela nak wat mcm mane aku dah mintak tolong tp mbr ckap xlarat mane bleh paksa...
hurm..skrg aku di dlam delema...huhuhuh tension larh keje nie....
k la blog ini jer luahan hati aku...

Khamis, 8 September 2011

sekadar untuk berkongsi


Tanda 100 hari sebelum hari mati :
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.  Walau bagaimanapun, semua org Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.  Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil.  Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.  Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak memberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.  Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati :
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.  Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.  Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.  Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaanya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.  Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.  Malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari sebelum hari mati :
Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari sebelum hari mati :
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.  Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.  Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.  Telinganya juga akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.  Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari sebelum hari mati :
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan sesuatu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum hari mati :
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.  Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
**Apa yang baik dan benar itu datang dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.  Wallahu'alam.