selamat datang ke blog aku yg x seberape nie

==kemana hilangnya semangat ku??==




Sabtu, 6 Ogos 2011

di suatu petang~

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?
...
ANJING: Aku lalu tepi 2 orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing! pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu..

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

jom sama2 fikirkan sejenak dn selamat beramal..(dtujukan khas pada saudaraku seISLAM)

~Hadits Rasulullah SAW~
~* Lebih Baik Ditusuk Jarum Besi Dari Pada Menyentuh Wanita *~

" Dari Ma`qil bin Yasar dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya ditusuknya kepala salah seorang diantara kamu dengan jarum besi itu lebih baik daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya

Khamis, 4 Ogos 2011

Kasih ibu membawa ke syurga... ^^,



Seawal kandungan
beban digalas dengan reda
ke sana ke mari tanpa rungutan
senyuman masih terukir di bibir ibu.
Saat kelahiran kesakitan yang menjalar
ke seluruh urat nadi
bagaikan nyawa yang ingin disentak
dari badan
namun, pabila mata kuyu ibu
terpandang comelnya benih cinta
yang lahir
senyuman terus terukir di bibir ibu.
Rentetan pertumbuhan si buah hati
detik rehat yang tiada menentu
makan sekadar mengalas perut
kerana keperluan permata hati
yang dipertamakan
melihat keletah si kecil
senyuman berterusan terukir di bibir ibu.
Dewasa si anak
mengorak langkah pantas ke hadapan
memandu haluan sendiri
mengumpul segunung emas
menduduki takhta tertinggi
wajah tua ibu sudah tenggelam
jerih ibu tidak dihiraukan
malahan, ibu sendiri diabdikan
Namun, andai kembalinya si derhaka itu
sujud sembah di kaki ibu
penuh sesal atas musibah
senyuman tetap terukir di bibir ibu
walaupun dalam tangisan.



    haragailah ibu anda selagi dia ada di sisi anda...jaga sebaik mungkin sebagai mana dia membesar kan kita

Rabu, 3 Ogos 2011

bercakap dalam hati

aku sering tertanya-tanya ape yang akan berlaku selepas ini..
kadang-kadang aku bercakap dlm hati ni..
adakahah aku akan menjalani kehidupan sbegini sehingga akhir hayat ku...
aku sedaya upaya untuk mengudah dan berubah..
tp...
aku adalah aku..
aku hanya insan biasa yang lalai serta alpa..
kecuaian dan kesalahan adalah perkara biasa bagi setiap manusia..
semua manusia melaku kan kesalahan..
aku juga begitu...
apa yang harus tahu..
aku perlu redha dengan ketentuan ilahi..
walaupun aku mering melupakan NYA..